Wednesday, 16 October 2013

Ketika Hati Menangis

tuhanku, ketika hati sedang menangis..
hanya engkau saja yang tahu betapa merananya diriku..
tak mungkin yang lain tahu..
tuhanku,,ketika mereka meninggalkanku sendiri trkapai-kapai..
ketika dunia tiada simpati..
kau tetap mendengar rintihanku..
padamu tempatku menagih kasih..
ketenangan kurasa mendekatimu..
syahdu malam tak terasa sunyi..
tuhanku,,
ketika aku dalam kepayahan keseorangan dihimpit beban derita..
kau beri aku kesabaran..
pengalaman mengajar erti kematangan..
lantas kau membuka pintu hatiku ..
untuk memberi kemaafan..
pada mereka yang pernah melukakanku..
pada mereka yang terus melukakanku..
dan pada mereka yang tersedar kerana melukakan..
tuhanku,,
ketika aku buntu dengan masa depanku..
kau berikan aku kekuatan..
kau tunjukkan aku jalan..
peluang kedua yang sungguh bermakna sebagai suluh hidupku..
menebus usia yang sia2..
mengganti semalam yang pergi..
memperbaiki kelemahan diri..
mempelajari pengajaran dari kesilapan..
menimbus kekecewaan dan dendam..
hanya kau saja yang mengerti hatiku tersiksa sekian lama..
kini,
akhirnya bangkit semula melupakan episod terakhir
dan menyambut lebaran baru..
tuhanku yang maha pengasih..rahmatmu tidak terkira..
syukurku melangit pun tak tercapai..
sungguh aku rasa berdosa kerana dulu sering terlalai..
semoga penyesalanku kau terima..
terimalah taubatku ini..
AMINNN..YA RABBAL ALAMIN

Monday, 30 September 2013

“Awak.
Ya.Awak yang tengah baca ni.
Saya tahu,jauh di sudut hati awak,
Ada rahsia yang tersimpan.
Ada tangisan yang tersembunyi.
Ada harapan yang terlukis terang.
Namun di situ,
awak memilih untuk senyum.
awak bertahan dalam diam.
awak yakin dengan doa.
Tapi saya percaya di sebaliknya,
Awak kongsikan segalanya pada DIA yang lebih mengerti.
Awak menangis dihadapanNya yang jauh lebih memahami,
Awak serahkan hati awak sepenuhnya.Hanya untuk DIA.
sebab itu awak nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya.
kerana hatimu teguh bersama Pencipta.
=)”

Saturday, 28 September 2013

PENSIL, PEMADAM :'(

Pensil: Saya minta maaf. .
Pemadam: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah.
Pensil: saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya. Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapan saya.
Pemadam: Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir.

Biarkan Dia Pergi



biarkan dia pergi sementara
dia ingin menghirup udaranya sendiri
mungkin tanpa aku
tidak susah untukku menggapai dirinya hanya kerana sebuah kata jarak
sebab
bagiku
tak ada bezanya jika dia tidak menyintaiku
aku tak tahu bagaimana perasaannya terhadapku
aku tidak tahu apa yang dia rasakan ketika mendapat perhatian kecil dariku
aku hanya ingin melihatnya bahagia
aku bohong?
ya
aku berbohong aku bahagia ketika bahagianya bukan denganku

tapi
aku tidak akan pernah menyerah
bukan untuk menguak luka dan mencari celah kelemahannya
aku hanya ingin…dia melihatku
menyedari kehadiranku yang akan selalu ada untuk dirinya
sampai bilapun
mungkin sehingga udara yang menghimpit dadaku ini lelah untuk mencari sedikit ruang kosong
sehingga paru-paru ini tak mampu lagi berfungsi
begitu :')

Friday, 27 September 2013

Wordless

mungkin saat ini...awak sedang berseronok di sana dengan kawan2 awak..xpe..awak berseronok la kat sana..dan mungkin saat ini awak dh mula jumpa dengan org lain..sbb..awak pk sy tgh berseronok di sini..awak,,,saya di sini..sorg2..xde pape yg buat sy seronok..bosan sgt2..saat ni..awak mungkin pk sy tgh msg dan gayut dan lain2 lagi macam awak slalu tuduh sy..demi allah awak..sy xbuat pape pn yg curg belakang awak..sy tahu..bla awak dh mula kenal org lain..awak mungkin akan lupa sy..xpela awak..sy lebih suka mcm ni..xcurg blakang awak..sy yakin karma Allah..awak jaga diri awak..mungkin kita xkn dpt jumpa lagi..dan mungkin akan jumpa lg..pape pn..smoga awak buat yg terbaik dalam hidup awak..awak,,,,,,,,sy mungkin bukan sempurna macam dia...tapi sy boleh jd yg terbaik dr dia..sy dh cuba yg terbaik...sy dh redha dgn semua ni..harap Allah berkati hidup awak dan saya..mungkin saat ini awak dh hanyut dan dh lupa janji awak sebelum awak jejak kaki awak kat sana..semua tu dah tertulis utk jalan hidup ni..sy kuat..kuat dengan semua ni awak..jaga diri awak..........................

Friday, 6 September 2013

Kadang-kadang Allah biarkan kita berjauhan,
rupenya DIA datangkan pula KASIH SAYANG..

Puaslah kita menangis betapa jauhnya jarak diantara kita,
rupanya Allah nak hadiahkan kita KERINDUAN..

Betapa dalamkan cemburu kita,
Ya Allah rupanya Allah nak menunjukkan KESETIAAN..

Dan betapa kita bersabar selama ini,
rupanya itu adalah jalan untuk
menggapai KEBAHAGIAAN SEBENAR..:)
ya Allah..rindunya aku kat dia..smlm smpai mmpi2 dia balik mai kat aku..hmmm..ni baru smggu dia p aku dh asa snyi..aku xleh bayang klu aku ilang dia terus..emmm,,,awk,,jga dri kat sna..jgn main mata..tolgla setia..love u..aku akn sentiasa tggu dia..amin..

Wednesday, 28 August 2013

awak .. fahamlah


Dia gadis biasa. .
Dia bukan gadis yang cantik. .
Dia tidak sesolehah yang lain. .
Dia akui dia tidak sempurna. .
Dia bukan seorang Hafizah,
dan seringkali lalai dalam agama.

Dalam tangisannya,
hatinya kuat berkata :
"Hidup bukan untuk membuatkan orang suka, kerana redha Allah bukan milik manusia."

Dia mengesat perlahan pipinya.
Bangkit melangkah laju.
"Aku hanyalah gadis biasa, tidak mungkin akan sempurna. Tapi aku mahu menjadi hebat di mata Dia." :')

Tuesday, 30 July 2013



s
alam nusantara untuk sahabat sekalian :)


aku nk update satu perkara iaitu HIKMAT...Bismillah pembuka bicara..kisah hidup aku..kisah kehidupan aku penuh suka dan duka,kadang2 aku confuse sama ini hikmah atau musibah,,dulunya hati aku kuat mengatakan "ahhhhh!! malang giler nasib aku,itu salah,ini salah,semua xkena,malang gila nasib aku"Ya allah..rupanya kau telah buat perancangan yg rapi untuk aku cuma aku yg bodo x fikir semua perancangMU..di kala aku sedih..aku xpikir pjg,,aku terus salah takdir,,salahkan qada dan qadarMU..sesungguhnya aku lalai..lalai dariMU,aku lupa asal usulku..aku xmeminta pertolonganMU diwaktu aku susah,aku salahkan takdirMU..YA ALLAH ampun hambamu yg hina ini sesungguhnya aku lemah tanpa hidayahMU...

kisahku....first..aku nk ucap thank untuk pegorbanan mak,abah,adik beradik dan sorang insan yg aku syg iaitu noor atiqah binti abdul rahim..dan sahabat2...thank sebab korang dah bantu aku jadi sorang manusia yg maish berfikiran panjang sekarang,,dulu aku rasa aku xpuas dgn apa yg aku ada sampai aku abai apa yg aku ada..aku tamak..tamak dgn isi dunia..kemewahan,manusia dan iri hati,,aku xsyukur dgn apa yg aku ada..sehingga aku jatuh rebah dari tempat yg tinggi dandiwaktu itu kalian sudi mengangkatku bangun semula walaupun aku dah abaikan korang..bodohkan aku.....aku bodoh sgt2 sebab xhargai kamu..sekarang..aku redha dgn perancanganMU walaupun hati aku meronta2 untuk kembali ke dunia lama..aku belajar bersyukur,,belajar dekat diri aku dengan ENGKAU..hanya pada kau aku minta pertolongan..biar la segelintir sahabat2 lain kata aku pe pun..yg penting..aku dah serik jatuh dari tempat tinggi mcm dulu lagi..1september 2013 ni..aku akan menempuh dunia baru..duniayg pernah aku lupaasal usulku..dunia stdy...dulu aku stdy diploma..skrg aku akan ambik degree..aku berkeras mulanya..aku xnk sejarah berulang..aku xnk sakitkan hati sesorang..dulu aku abaikan dia sebab aku nampak org yg lebih elok dari dia..tp last2...semua 2 sementara ja...tp dia tetap sabar dgn sikapku...aku penah larang dia stdy lagi...dia akur dgn kptsanku...tp skrg..aku akan sambung degree......ADIL ka bagi dia!!!!!!!!!! aku sekat impian org lain tp dia xpenah halang apa yg aku nak....ya allah....emmmm menitis air jernih dari mata ni..tp aku tahu...semua ni perancanganMu..aku teruskan..doakan aku berjaya untuk degree..insyallah..aku xkan sia2kan org yg aku syg lepas ni..mulai saat ini,,mulai detik ni!! aku cuba...cuba untuk berubah..cuba untuk ingat siapa diri aku..dan cuba untuk hargai rg yg ada diwaktu senang dan susahku...aku janji....dengan izinMU..aku akan bahgiakan insan2 yg aku syg...aku harap sejarah diploma dan degree ni berlainan...amin...

dengan lafaz bismillah...aku mohon maaf atas semua salahku padaMU ya allah...pada mak dan abah,adik beradik dan.........untuk kamu noor atiqah...maaf..sebab selama ni...saya lalai..lalai dgn keseronokan dunia....kita mula hidup baru k....??????saya tunggu jawapan awak...harap2 awak baca apa yg aku karang ni... 

Thursday, 11 July 2013

Keluhan Hati Part 1

''apalagi yang x kena??kenapa aku harus dihukum sampai macam ni??segala yg aku buat semua x kena!!!sedih sgt hati aku...segala apa yg kau rasa......aku yg sentiasa ada dekat kau..xpenah kau hiraukan..kau baling aku macam sampah..macam benda yg sgt2 xberguna!!!tolonglah kau pandang aku,,walaupun kau xsuka!!walaupun kau benci!!!"..keluh rasa hati tira...menangis dia sendirian dihadapan penciptaNya...merayu diberikan kekuatan..tetapi tira tidak sedar yang ALLAH sentiasa ada utk dia..tira menenangkan dirinya seketika setelah puas menangis..tersenyum dengan dirinya sendiri..itulah yang dia buat untuk mendapatkan balik kekuatan yg telah jatuh ketika dia sedih..teringat kembali dia kepada kekasihnya yang selalu menguji dia saban hari..ada sahaja yang tidak kena di mata lelaki itu..tira mula berfikir...adakah lelaki itu sdh mendapat teman baru??pengganti dirinya..tetapi dia tidak mahu memikirkan begitu kerana selagi belum ada bukti..dia tidak boleh menuduh sembarangan...dia juga sedar..kekasihnya itu seorang yg sangat pemarah..mungkin dia ada masalah dia di tempat kerja atau dengan kawan-kawannya...sebab itu dia bersikap sedemikian kepadanya..susah dia nak bermesra dengan kekasihnya itu..belum sempat dia mengumpul kekuatan utk bgun..ada lg air jernih yg mengalir di pipinya..tira tahu...jalan yg terbaik utk tidak terus megeruhkan keadaan dari mereka terus bergaduh adalah diam..tetapi dia rindukan lelaki itu...ingin sekali dia menyatakan rasa rindu itu dan bahagia seperti pasangan lain...mungkin belum tiba masa utk dia bahagia..kerana selagi ALLAH sygkan hambaNya, selagi itulah dia akan menurnkan ujian kepada mereka..tira yg tadi menangis...sudah mula tenang..lantas dia mencapai buku yang selalu menjdi penyejuk hatinya iaitu JANGAN BERSEDIH..dia membuka halaman 112 yang bertajuk "TERSENYUMLAH"...hatinya mula tenang setelah membaca kata semangat yg diberikan di dalam buku itu..dia mengumpul kekuatan dari kata-kata semangat dalam buku tersebut...sesungguhnya tiada siapa dia nak mengadu tentang kesedihannya selain ALLAH..dia berdoa agar dia terus diberikan kekuatan untuk menghadapi hari-hari yg akan mendatang...dia memandang jam di dalam telefon bimbitnya yang sudah menunjukkan jam 0200 pagi..matanya sudah mula memberontak mahu tidur..sedangkan dirinya tidak boleh..kerana memikirkan nasibnya..apa lagi keputusan yg harus dia buat..entah pukul berapa akhirnya tira terlelap dengan sendirinya...berharap hari besok akan memberi sinar baru kepadanya..


BERSAMBUNG......

Ramadhan

selamat berpuasa semua..hari ni dah masuk 2 hari kita puasa..alhamdulillah..tinggal lagi 28hari lagi..sekejap ja dah nk berbuka dh..harini mak aku masak sambal udang dengan telur goreng saja..apa pon semua tu rezeki..janji boleh berbuka dengan elok sudahla..hari kedua puasa ni juga aku dapt berita yang baik..dia dapat unimap..dapat sambung degree..aku jeles dekat dia..dapat jgk dia jejak kaki masuk u..kalau awak p sana..jgn la lupa sy kat sini..sy thu tu la masa depan awak..masa sy dh lepas..peluang saya,saya dh sia2kan..tak pe la..janji adik2 bleh masuk u..sy berkorban dekat adik2..awak belajar elok2..saya tggu awak..xjauh pon awak dgn sy..awak p perlis ja..hmmm..apa2 pon pkir la elok2 ye awak..msa depan awk..jgn mnyesal nnti..sy dh rasa menyesal sgt2..rugi sgt..kla..selamat berbuka ye semua..semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa ini dengan baik..amin..

Tuesday, 9 July 2013

Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih. !






by : na

AWAK

awak.....saya minta maaf banyak2 kalau selama ni saya banyak menyakitkan hati awak dan buat awak terseksa dengan saya..tak terlintas pon kat kepala saya nak permainkan awak,kecewakan awak..saya iklas sayangkan awak..tak da makna lain pon..saya tak pernah curang dengan awak..saya terlalu sayangkan awak sangat2..awak..saya sedar siapa diri saya..saya hanya insan biasa yg pernah ada silap..saya silap sbb saya buat awak syg saya..smpai awk xtahu nk buat keputusan yg bleh bahagiakan diri awak sendiri..saya minta maaf..saya mmg tak layak dan tak sesuai dengan awak..saya dah cuba sedaya upaya saya untuk buat awak bahgia..untuk yakinkan awak..saya tak macam awak kata..tpi...saya gagal..awak terlalu keras ati..kenapa awak cuma nmpak buruk saya dari baik saya??dah lama saya tak dengar perkataan rindu,sayang dari awak..saya rindu suma tu awak..walau apa pon awak buat,saya tak pernah berdendam nak balas balik..saya tetap tggu awak..tapi............kenapa semakin hari kita semakin jauh??kenapa awak macam tue?apa yg awak pk dalam kepala awak?ada saja bnda yg xkena saban hari..awak dah tak sayangkan saya ke??awak benci sangat ke kat saya??kalau betul mcm 2..awak jujur la dengan saya..biar saya tahu kebenaran dr sy terus mengharapkan awak..saya tak pernah halang awak dari berkawan dengan ramai orang dalam laman sosial tu..tapi awak..tolgla sedar saya pon ada dalam hidup awak..kalau awak nak orang lain..saya tak halang..kalau awak bleh bahagia,,truskan..cuma awak tolgla jujur dengan saya..saya tahu awak dah banyak berubah,,awak tak happy dengan saya..awak cuma bleh happy dlm laman sosial tu..tapi saya cuma ada awak..saya sunyi awak..sunyi sangat2..saya minta maaf sbb tak boleh buat awak berubah..awak semakin teruk dengan saya..bukan ini yg saya nak awak..tapi saya dah tak mampu nak buat apa lagi awak..AWAK,,APA PON YANG BUATKAN AWAK BAHAGIA,,TERUSKANLAH..DAN APA PON YANG BUAT AWAK KECEWA,,TINGGALKANLAH..saya doakan yang terbaik untuk hidup awak..sbb saya tak mampu nak buktikan dekat awak saya dah berubah..hanya Allah yang boleh tolg saya..hmmmmm.. :'(



by : na

Friday, 28 June 2013

moOd toDay



sedih :( #sayasayangawak#





Doa

Assalammualaikum .. lama tak update blog .. arini nak update ttg doa pulak .. aku sedih .. hummm ..hopefully my heart will fine after dis ..

Friday, 15 March 2013

12.03.13



to awak : terima kasih for everything..sy syg awak..you r my everything..after Dia (Allah), mak dan ayah..sgt byk dugaan..sy harap awk dan sy kuat untuk hadapinya...AMIN..

#sayasayangawaksangatsangat!!!

DOA

♥ Doa boleh tenangkan hati kita,Doa boleh kuatkan kita,Doa boleh kembalikan semangat kita,Doa boleh beri kita petunjuk.. ♥ Doa ialah senjata ♥

Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,
Andai diri tidak sehebat Sulaiman,
Mengapa berharap teman yang setampan Yusof,
jika kasih tidak sekuat Hajar,
dan mengapa didamba
teman hidup yang sesempurna
Muhammad jika ada
keburukan pada diri,
bimbingkanlah dirinya dan
terimalah kekurangan itu
sebagai keunikan.
Carilah kebaikan pada dirinya.
Bersyukurlah kerana dipertemukan
dengannya dan berdoalah
dia milik-mu

Thursday, 7 February 2013

PEREMPUAN

Pᴇʀᴇᴍᴘᴜᴀɴ ᴛᴀᴋ ᴍɪɴᴛᴀ ʙᴀɴʏᴀᴋ. Hᴏʀᴍᴀᴛɪ ᴅɪᴀ. Sᴀʏᴀɴɢɪ ᴅɪᴀ. Sᴇᴛɪᴀ ᴅɢɴ ᴅɪᴀ. Bɪᴍʙɪɴɢ ᴅɪᴀ. Hᴀʀɢᴀɪ ᴅɪᴀ. Sᴇʟᴀᴍᴀɴʏᴀ. 

≧^◡^≦ 




150 JUTA

assalammualaikum semua...arini aku nak update satu lagu..lagu ni dah lama..tapi aku baru syok dgr lately ni ja...apa???ketinggalan?bukan ketinggalan..cuma..dulu tak layan lagu-2 ni..haha...(cover balik)...aku g keja...duduk atas keta selalu dgr lagu ni ja...bila dah dgr bnyk kali jd bes la pulak..terus aku download simpan dlm lappy...bleh dgr ari-2..tgk tjuk kat atas tu mesti korang dah leh teka kan?lagu siapa ini...kan kak limah??jom aku tulis lirik...korang nyanyi la...



#@?? oOpPssS.....gambar ni nak interframe dulu... :)

untuk kali keseratus lima puluh juta
mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"eh kenapa kau masih mahukan dia??
"apa kau buta apa kau pura-pura suka"

diseratus lima puluh juta kali itu
didepan semua engkau tarik tangan aku
yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
sambil ketawa
engkau bilang satu persatu

"dia mungkin bengis seperti singa"
"tapi dia nangis tonton cerita korea"
"dia mungkin keras bila bersuara"
"tapi dia jelas jujur apa adanya"
"aku lagi kenal dia"

dan lebih seratus lima puluh juta kali
aku pesan padamu apa yang bakal jadi
engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
engkau sangat manis
aku ini pula dawai besi

disetiap seratus lima puluh jutanya
aku pun dalam hati semacam tak percaya
apa kau lihat pada aku jujurkan saja
terus kau cubit dagu aku sambil berkata

"sayang mungkin baran tak kira masa"
"tapi sayang tahan kalau yang salah saya"
"sayang mungkin saja keras kepala"
"tapi sayang manja bila kita berdua"
"saya kenal sayang saya"

buat apa dicerita
bahagia kita rasa
biar tak dipercaya
peduli orang kata

baju ronyok tak apa
asal pakai selesa
berkilau tak bermakna
kalau hati tak ada

aku lebih bengis dari sang naga
tapi bisa nangis semata demi cinta
suaraku keras tak berbahasa
kerna aku rimas gedik mengada ngada

aku mudah baran tidak semena
mana boleh tahan angin cemburu buta
dan aku sengaja tunjuk keras kepala
aku punya manja kau saja boleh rasa
rahsia kita berdua...... <3

adoiii....pening jari taip lirik ni..panjang bebeno..kla aku nak DATE dgn game pulak...bye2 all...hope u like dis song.. =)..tapi sat..nak pantun sat..

"terima kasih daun keladi
umur panjang kita jumpa lagiiii"

........THE END........








DOA

Kadang-kadang kita berdoa untuk KUAT,

Tapi kenapa banyak DUGAAN...
Kadang-kadang kita minta CERDIK,
Tapi MASALAH pula yang timbul,
Kadang-kadang kita minta BAHAGIA,
Tapi HURU-HARA pula datang…

DUGAAN menjadikan mental kita KUAT,
MASALAH menjadikan kita BERFIKIR,
HURU-HARA menjadikan kita TABAH…
HEBAT kan Allah…semua ada hikmah…

Kalaulah manusia tahu hadis ini:
“Telah berkata Jibril: Wahai Tuhan, kau sampaikanlah hajat hambamu, maka Allah menjawab: Biarkan hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya(doanya)" 
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik