tuhanku, ketika hati sedang menangis..
hanya engkau saja yang tahu betapa merananya diriku..
tak mungkin yang lain tahu..
tuhanku,,ketika mereka meninggalkanku sendiri trkapai-kapai..
ketika dunia tiada simpati..
kau tetap mendengar rintihanku..
padamu tempatku menagih kasih..
ketenangan kurasa mendekatimu..
syahdu malam tak terasa sunyi..
tuhanku,,
ketika aku dalam kepayahan keseorangan dihimpit beban derita..
kau beri aku kesabaran..
pengalaman mengajar erti kematangan..
lantas kau membuka pintu hatiku ..
untuk memberi kemaafan..
pada mereka yang pernah melukakanku..
pada mereka yang terus melukakanku..
dan pada mereka yang tersedar kerana melukakan..
tuhanku,,
ketika aku buntu dengan masa depanku..
kau berikan aku kekuatan..
kau tunjukkan aku jalan..
peluang kedua yang sungguh bermakna sebagai suluh hidupku..
menebus usia yang sia2..
mengganti semalam yang pergi..
memperbaiki kelemahan diri..
mempelajari pengajaran dari kesilapan..
menimbus kekecewaan dan dendam..
hanya kau saja yang mengerti hatiku tersiksa sekian lama..
kini,
akhirnya bangkit semula melupakan episod terakhir
dan menyambut lebaran baru..
tuhanku yang maha pengasih..rahmatmu tidak terkira..
syukurku melangit pun tak tercapai..
sungguh aku rasa berdosa kerana dulu sering terlalai..
semoga penyesalanku kau terima..
terimalah taubatku ini..
AMINNN..YA RABBAL ALAMIN
No comments:
Post a Comment